Sabtu, 9 Julai 2011

keliru..

aku sunyi...
tak tahu kenapa...
hidupku kini semakin gelap...
tiada cahaya yang menerangi...
aku memerlukan teman..
untuk berbual... dikasihi... mencintai...
mengapa sukar aku menjumpai teman yang begitu ikhlas...
jujur dalam perhubungan...
mengapakah rupa paras menjadi ukuran..
pangkat dan darjat menjadi halangan...
apakah semua ini telah menjadi satu tradisi orang di masa ini??
bukalah mata wahai rakan-rakan aku sekalian...
biarlah sakit dimata...jangan sakit dihati..
luka boleh sembuh.. parut tidak boleh hilang...
fikirlah sebelum membuat keputusan wahai rakan-rakanku...
biarlah diri ini dihina.. dicaci...
asalkan tidak menyusahkan hidup orang lain...
kerana setiap perbuatan kita ada balasannya...
ingatlah wahai rakan-rakanku........

Selasa, 15 Februari 2011

kamu...

seandainya aku ditakdirkan untuk bersamamu...
akan ku menyayangimu sepenuh hatiku...
akan ku serahkan segalanya kepadamu...
agar kau tahu betapa aku sayang, cintakan mu...

tetapi...
seandainya aku tak dapat bersama kamu lagi...
janganlah kamu bersedih hati...
janganlah kamu salahkan dirimu sendiri...
setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya tersendiri...

sayangku...
cintaku padamu tidak pernah hilang...
walaupun sudah sekian lama kita terpisah...

percayalah....
tiada yang mampu menghalang percintaan kita...
sekiranya ada jodoh diantara kita....


Selasa, 8 Februari 2011

hari berganti hari...
minggu berganti minggu...
bulan berganti bulan...
tahun berganti tahun....
hatiku tetap sama seperti dulu...
sukar untuk membuka pintu hatiku kepada perempuan lain..
serik dipermain-mainkan oleh kekasih lama...
seringkali rakan-rakanku memberi nasihat
ada juga yang ingin mencari untukku...
aku menolak..
aku percaya cinta tak perlu dicari...
cinta yang sejati akan datang sendiri...
walaupun lambat, tetapi ia berbaloi dari pada cinta yang dicari...
cinta cinta yang dicari selalunya senang untuk dapat...
tapi cinta itu juga senang untuk pergi....
walaupun bertahun-tahun aku menyendiri...
aku tetap bahagia dengan kehidupanku ini...
tiada yang mengongkong...
tiada yang cemburu...
tidak perlu berpura=pura....
tiada yang akan disakiti oleh diriku ini...
biarlah aku sendirian...
masa aku akan tiba juga akhir nanti...
tak perlu dikejar...
aku tahu, cinta yang sejati akan muncul suatu hari nanti....